Pusingan kelayakan bagi merebut empat slot ke Liga Premier dan dua kuota Liga Wanita bagi saingan Liga Futsal Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2025 bakal berlangsung pada 21 hingga 24 Februari ini.
Saingan yang melibatkan 28 pasukan lelaki dan enam pasukan wanita itu akan diadakan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya.
Dengan hanya empat slot diberikan kepada pasukan yang mara ke separuh akhir untuk membuat penampilan dalam Liga Premier musim ini, menarik untuk disaksikan persaingan bakal disajikan nanti setiap pasukan dan pemain di gelanggang.
Setiap perlawanan di peringkat kelayakan ini akan menjadi detik penting bagi setiap pasukan untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk berada di Liga Premier yang tidak kurang hebatnya seperti Liga Super.
Pusingan kelayakan ini turut memberi ruang kepada pemain-pemain muda untuk menonjolkan bakat mereka, yang mungkin menjadi permulaan bagi karier mereka di arena futsal profesional serta membuka mata jurulatih-jurulatih daripada pasukan dalam Liga Super.
Hal ini kerana pasukan dalam Liga Super dan Liga Premier boleh mendaftarkan mana-mana pemain yang tidak mempunyai pasukan walaupun daripada IPT berbeza.
Begitu juga, dalam kategori wanita, aksi kelayakan ini menawarkan peluang kepada pasukan terbaik untuk merebut dua kuota yang disediakan.
Ini merupakan peluang besar bagi mereka untuk beraksi di Liga Wanita yang menampilkan pasukan gergasi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Berikut merupakan senarai penuh keputusan undian bagi kelayakan Liga Premier Futsal IPT 2025:
Kategori Lelaki
Kumpulan A
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
Kolej Felcra
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Kumpulan B
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
UNITAR International University (UNITAR) Kuantan
IJN College
Kumpulan C
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Quest International Universiti (QIU)
Kumpulan D
Mahsa University
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Alor Setar
Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
Kumpulan E
Kolej Komuniti (KK) Malaysia
Universiti Selangor (UNISEL)
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
Taylor’s University
Kumpulan F
Monash University
Widad University College
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM)
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan
Kumpulan G
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Universiti Islam Melaka (UNIMEL)
Universiti Malaya (UM)
German-Malaysian Institute (GMI)
Kumpulan H
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu
TATI University College (TATIUC)
Universiti Islam Selangor (UIS)
Kategori Wanita
Kumpulan X
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan
Universiti Selangor (UNISEL)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Kumpulan Y
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi
Monash University
Kredit Foto: Liga Futsal IPT