Debaran Kelayakan Liga Premier Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2025 semakin dirasakan dengan lapan pasukan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir yang bakal berlangsung malam ini.
Beberapa keputusan yang boleh dianggap kejutan dilakarkan pagi tadi dimana Universiti Sains Malaysia (USM) tewas 2-3 ditangan Universiti Malaya manakala Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) tewas kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga dengan keputusan 2-3.
USM dan UPTM merupakan pasukan yang berada di tangga teratas kumpulan masing-masing pada peringkat kumpulan.
Satu lagi pasukan juara kumpulan, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) turut hampir menerima nasib sama tetapi berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan 2-2 dan akhirnya mencatatkan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti.
Berikut merupakan senarai lengkap pasukan yang mara ke suku akhir:
1) Universiti Malaya (UM)
2) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
3) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
4) Universiti Selangor (UNISEL)
5) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
6) TATI University College (TATIUC)
7) Universiti Putra Malaysia (UPM)
8) Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan
Jadual Perlawanan Suku Akhir Liga Premier Futsal IPT 2025
1) Universiti Malaya (UM) lawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) lawan Universiti Selangor (UNISEL)
3) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) lawan TATI University College (TATIUC)
4) Universiti Putra Malaysia (UPM) lawan olej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan
Empat pasukan yang mencatatkan kemenangan akan melayakkan diri ke saingan Liga Premier 2025.
Kredit Foto: Liga Futsal IPT