Marking

Ketahui Kelebihan Dan Kelemahan Penerapan ‘Zonal Marking’ Dalam Futsal

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Semua pemain futsal memerlukan kemahiran yang baik dalam ‘marking’ bagi mengawal pemain lawan terutamanya ketika bertahan.

Tujuan utama ‘marking’ dalam futsal adalah untuk meneutralkan ancaman serangan pihak lawan.

Ianya juga bagi menghalang pemain lawan untuk menerima bola dan meneruskan serangan yang dijana pasukan lawan.

Terdapat 2 jenis ‘marking’ dalam futsal yang biasa dapat dikenalpasti antaranya adalah ‘zonal marking’ dan juga individu atau lebih dikenali sebagai ‘man marking’.

Mari kita kenali dengan lebih dekat mengenai ‘zonal marking’ dalam futsal terlebih dahulu:

Apa itu ‘zonal marking’

Setiap pemain pertahanan bertanggungjawab untuk menjaga kawasan atau zon mereka. Setiap pemain juga perlu bertanggungjawab terhadap kawasan mereka di gelanggang.

Pemain perlu peka terhadap bola, pihak lawan (terutamanya pemain lawan yang memasuki kawasan mereka). Setiap inci padang akan dipertanggungjawabkan keatas pemain-pemai tertentu.

Keadaan ini memerlukan anda berinteraksi sebagai satu pasukan dengan sangat baik. Elakkan daripada anda mengawal 2 orang pemain. Ia akan membuka peluang kepada pasukan lawan untuk menjaringkan gol.

Anda perlu sentiasa fokus terhadap bola dan tidak menghalang pandangan rakan sepasukan yang sedang menjaga zon masing-masing. Pemain perlu berwaspada terhadap pihak lawan yang sedang melakukan larian dan gerakan kearah gol pasukan anda.

Perlu bertahan sebagai satu pasukan. Barisan pertahanan tidak boleh terlalu jauh sesama sendiri kerana ia akan memberikan ruang yang terbuka luas buat pemain lawan.

Paling penting untuk mengimplementasikan kawalan ini adalah pemain harus faham dimana ‘kawasan’ mereka dan apa yang perlu dilakukan bila pemain lawan berada di dalam kawasan yang dijaga.

Pemain lawan juga perlu tahu bila dan bagaimana untuk bertindak apabila diserang. Memerlukan pemain yang benar-benar faham fungsi dan kebolehan membuat keputusan mengikut situasi perlawanan.

Kelebihan ‘zonal marking’

Dapat menguatkan kawalan unit pertahanan di dalam kawasan ‘D’ pasukan anda. Dapat mengurangkan kesalahan ketika permainan berbanding ‘man marking’.

Zonal marking juga kurang menggunakan tenaga kerana anda hanya menunggu pemain lawan yang akan menyerang ke kawasan anda. Ia juga mudah untuk anda mendapatkan semula bola dari situasi bola muntah dan terus melancarkan serangan balas pantas.

Kelemahan ‘zonal marking’

Banyak yang perlu dipelajari sebelum melaksanakan ‘zonal marking’ ini. Pemain lawan yang terlalu ramai pada satu-satu kawasan akan menyebabkan pertahanan dapat ditewaskan dengan mudah.

Ianya akan menjadi masalah sekiranya menentang pasukan yang mempunyai kualiti rembatan yang baik. Kawalan ini juga memerlukan pemain yang mempunyai fizikal dan kualiti pertahanan yang sangat baik.

Pasukan lawan yang mahir dalam ‘counter zonal’ akan dapat mengatasi pertahanan tersebut dengan mudah.

Elakkan daripada mengawal dua orang pemain dalam satu-satu masa. Ingat! Semua pemain termasuk pivot perlu turun bertahan ketika pasukan kehilangan bola.

Kredit foto: Persatuan Bola Sepak Kedah 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart