KEPENTINGAN PEMANASAN BADAN SEBELUM BERFUTSAL YANG PERLU ANDA TITIKBERATKAN

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Selain bola sepak, futsal juga antara sukan sukan yang popular dan sering dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia, saiz fizikal, jantina dan sebagainya di Malaysia ketika ini.

Sekiranya anda meninjau gelanggang futsal seluruh negara pastinya akan dipenuhi oleh pemain-pemain futsal yang bermain hanya sebagai aktiviti riadah mahupun menyertai mana-mana pertandingan ‘liga haram’.

Tetapi yang menjadi persoalan, adakah mereka ini terlebih dahulu melakukan pemanasan badan (warm up) sebelum bermain atau terus sahaja bermain selepas memakai kasut futsal?

Pemanasan badan adalah perkara utama yang perlu dilakukan sebelum beraksi supaya ia dapat memastikan semua komponen dalam tubuh badan berada di dalam keadaan bersedia sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan jantung, sendi dan otot.

Antara kepentingan yang diperolehi daripada aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu sebelum anda bermain futsal adalah ia dapat mengurangkan ketegangan dan kecederaan otot. Selain itu, pemanasan badan mampu untuk meningkatkan intensiti badan kita selain daripada dapat mengelakkan kita daripada mudah menerima kecederaan.

Aktiviti ini juga membantu anda dalam mengawal kadar denyutan jantung serta membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap peningkatan kadar kerja mereka dan banyak lain kebaikan daripada pemanasan badan ini.

 

Rumusan

Kesemua kepentingan yang dinyatakan diatas adalah perkara asas yang pastinya diketahui semua namun ianya jarang dipraktikkan oleh para pemain kerana terlalu memandang mudah sesi ‘warm up’ ini.

Ternyata begitu banyak manfaat yang bakal diperoleh sekiranya pencinta futsal dapat mencuri sedikit masa bagi memanaskan badan. Biar pun sekejap kerana ianya tidak merugikan anda semua sekiranya tidak diamalkan.

Jadikan senaman sebagai salah satu gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan anda kekal terjamin dan dijauhkan dari sebarang kecederaan ketika berfutsal.

Amalkan juga pemanasan badan ini sebagai keperluan utama sebelum anda beraksi cemerlang di dalam gelanggang!

 

Kredit foto: Futsal Kedah Official

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart