Posisi Futsal

Kenali Posisi Dalam Futsal

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Futsal bukanlah sukan yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia dimana ia sering dimainkan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia, jantina dan bangsa.

Sukan lima sebelah itu bukan hanya permainan yang pantas dan menyeronokkan tetapi juga boleh memberikan manfaat kepada semua pemain, sama ada dari segi fizikal, mental, mahupun sosial.

Selain dapat meningkatkan kemampuan individu, futsal juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecergasan fizikal, kerjasama berpasukan, pemahaman taktikal, keyakinan diri ketika beraksi dan membuatkan kita mengenali lebih ramai kawan baharu dengan aksi persahabatan dilakukan.

Malah, dengan peningkatan prestasi seseorang pemain, ia dapat merintis kepada peluang untuk beraksi di pentas lebih tinggi seperti Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) atau Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Tetapi sebelum memikirkan ke arah itu, mari kita kenali posisi yang ada dalam sukan futsal yang mungkin sesuai dengan anda.

1) Goleiro (Penjaga Gol)

Goleiro boleh mengendalikan bola dalam kotak penalti tetapi sekiranya mereka mempunyai kemampuan dalam mengawal bola serta melakukan rembatan dengan baik, ia akan menjadi kelebihan buat pasukan dalam membantu serangan.

Dengan kawasan yang lebih kecil berbanding bola sepak, goleiro perlu mahir dalam melakukan lontaran tepat dan berkualiti  buat rakan sepasukan.

2) Fixo (Pertahanan)

Fixo merupakan pemain terakhir yang berada di belakang goleiro tetapi sangat penting dalam memulakan dan mencipta gerakan untuk membuat serangan ke arah pintu gol lawan. Oleh itu, fixo boleh juga diibaratkan sebagai jantung kepada pasukan.

Fixo yang baik bukan sahaja bertahan tetapi juga mempunyai pandangan yang baik dan mampu membaca permainan dengan bijak.

Contoh pemain dalam negara yang terkenal dengan posisi ini ialah tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Abu Haniffa Hassan.

Abu Haniffa Hasaan. Kredit Foto: JDT Futsal

3) Ala (Sayap)

Kebiasaannya Ala adalah pemain yang paling mahir dan kreatif serta versatile dalam mencipta gerakan.

Posisi ini juga penting dalam proses untuk menyerang dan bertahan sebagai satu unit.

Khairul Effendy Bahrin, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, Ridzwan Bakri dan Syed Aizad Daniel Syed Nasir merupakan antara pemain yang beraksi selaku Ala.

4) Pivot (Serangan)

Pemain paling hadapan dalam gelanggang dengan peranan seperti penyerang dalam bola sepak.

Tugas mereka bukan sekadar menjaringkan gol tetapi juga sebagai pemain yang boleh mengawal penguasaan bola.

Antara ciri-ciri khas yang diperlukan ialah kekuatan fizikal untuk mengawal bola daripada dirampas lawan serta penyudah berkualiti dimiliki.

Awalluddin Mat Nawi dan Ekmal Shahrin adalah pivot yang memiliki kekuatan ketika mengawal bola.

5) Universal

Universal merupakan pemain yang mampu untuk beraksi di kesemua posisi ‘outfield’ dan Firdaus Ambiah dari JDT merupakan salah seorang daripada pemain dengan peranan ini.

 

*Kredit Featured Image: JDT Futsal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart