Pada hari ini 2 tahun yang lalu, pasukan futsal Portugal yang diketuai “The Magician” Ricardinho berjaya mengecewakan gergasi futsal eropah iaitu Sepanyol pada perlawanan akhir “Futsal Euro” 2018. Ini merupakan kali pertama Portugal berjaya mengangkat trofi yang berprestij ini.
Ricardinho yang berada pada prestasi terbaik pada kejohanan tersebut telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak kejohanan dengan jaringan sebanyak 7 gol. Beliau juga berjaya menjaringkan 1 gol pada perlawanan akhir. Rekod baru juga telah tercipta apabila beliau menjadi pendahulu penjaring terbanyak sepanjang zaman di kejohanan futsal Euro dengan mencatatkan jaringan keseluruhan sebanyak 22 gol
Walaupun perlawanan akhir ini lebih dikuasai oleh Sepanyol, namun kejuaraan tetap menjadi milik Portugal. Jom kita imbas kembali perlawanan akhir yang penuh dramatik ini sehingga ia berlanjutan ke masa tambahan. Keputsan penuh Portugal 3-2 Sepanyol