SELANGOR MAC FUTSAL MAMPU JADI PENCABAR UTAMA KEJUARAAN MPFL 2019 

 

Saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 hanya tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi akan membuka tirainya dan semua pasukan bertanding ketika ini berada di fasa terakhir dalam memantapkan pasukan dengan menyertai pelbagai kejohanan pra-musim.

Tidak terkecuali buat Selangor MAC Futsal yang kini giat mempersiapkan pasukan mantap bagi menjadi sebagai antara calon utama untuk merebut kejuaraan liga profesional julung kali diadakan di tanah air itu.

Hakikat tersebut tidak dapat disangkal lagi selepas skuad bimbingan Addy Shairullyzam itu berjaya menumbangkan satu lagi pasukan pilihan, Pahang Rangers 6-0 pada aksi 3 penjuru yang turut melibatkan Terengganu FC di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, minggu lalu.

Selangor MAC Futsal tampak serius dalam memperkuatkan pasukan apabila merekrut tiga pemain utama pasukan kebangsaan seperti Azrul Hadee Mohd Taufiq, Syed Aizad Daniel Syed Nasir dan Azri Rahman.

Selain itu, skuad ini juga turut dibarisi pemain yang cukup berpengalaman dalam kancah futsal tempatan seperti Ahmad Faizal Abdul Karim, Muhammad Fariq Bin Mohammad, Muhammad Shamsul Akmar Zamri, Muhd Akmal Yazadh Amri, Ridhwan Zainal dan ramai lagi.

Dengan kualiti cukup baik dimiliki pemain-pemain dinyatakan serta ditambah pula dengan pemain-pemain lain dalam pasukan, ia memberikan pilihan yang cukup luas buat Addy Shairullyzam dalam merangka strategi ampuh buat pasukan bimbingannya.

Dalam pada itu konteks sokongan padu para peminat juga akan menjadi senjata berguna buat Selangor MAC FC apabila bakal mendapat sokongan padu daripada penyokong di Lembah Klang yang sememangnya terkenal dengan 'passion' mereka terhadap sukan futsal ini.

Difahamkan Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam menjadi pilihan sebagai 'gelanggang rasmi' buat Selangor MAC Futsal.

Pada peminat futsal yang ingin mendapatkan barangan rasmi pasukan futsal Selangor MAC FC, anda boleh mendapatkannya di Extravaganza Futsal Shop cawangan Shah Alam seperti alamat yang tertera dibawah: 

No 6, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Kredit foto: Selangor MAC Futsal