KENALI KEPERLUAN ASAS BUAT PENJAGA GOL YANG PERLU DIPANDANG SERIUS

 

Penjaga gol merupakan pemain yang berada di posisi paling belakang dalam formasi pasukan untuk mengawasi gawang yang dikawal rapi oleh mereka (penjaga gol) dari dibolosi oleh pemain pasukan lawan.

Keadaan ini sudah pastinya membuatkan penjaga gol perlu bekerja dengan lebih keras dan melakukan segala yang terdaya bagi menafikan segala peluang yang dicipta.

Dalam usaha tersebut perlu dititikberatkan soal keselamatan dan juga keperluan bagi seorang penjaga gol untuk memakai kelengkapan perlindungan untuk mengelakkan mengalami sebarang kecederaan.

Penjaga gol yang bermain di peringkat tinggi seperti Liga Futsal Kebangsaan (kini Liga Profesional Futsal Malaysia) dan Liga Institut Pengajian Tinggi tidak berdepan masalah dalam soal pemakaian kelengkapan tersebut.

Namun terdapat segelintir penjaga gol yang bermain di 'liga haram' dan juga beraksi pada perlawanan persahabatan di gelanggang-gelanggang futsal tidak mengendahkan mengenai pemakaian kelengkapan ini.

Kenali peralatan yang harus digunakan oleh penjaga gol ketika beraksi dalam perlawanan futsal:

 

1) Pad lutut (Knee pad)

Alat perlindungan yang diletakkan pada lutut kiri dan kanan anda.
Berfungsi untuk mengelakkan lutut anda daripada menerima hentakan kuat pada permukaan gelanggang yang keras akibat dari usaha menyelamatkan gawang anda lakukan.

'Sliding' dan 'Diving' yang sering dilakukan turut memberikan risiko yang agak tinggi buat anda untuk mendapat kecederaan.

 

2) Pad siku (Elbow pad)

Pad siku ini juga mempunyai fungsi yang sama seperti pad lutut dan perlu diletakkan pada siku kiri dan kanan anda.

Turut bertujuan bagi mengelakkan siku anda dari mengalami kecederaan akibat dari permukaan gelanggang futsal yang agak keras.

Hentakan kuat ketika anda merebahkan badan dalam usaha menggagalkan usaha lawan bakal menyebabkan kecederaan pada bahagian siku anda sekiranya tidak memakai pad siku ini.

 

3) Sarung tangan (glove)

Sarung tangan berperanan bagi menjaga tangan anda terutama pada bahagian jari supaya tidak tercedera ketika ingin menangkap atau menepis bola yang kebiasaannya akan datang seumpama peluru lajunya.

Glove pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu half finger dan full finger.

Bagi jenis half finger menampakkan hujung jari anda manakala full finger menutupi sepenuh bahagian jari.

Bekas penjaga gol skuad futsal kebangsaan, Azrin Adnan (Selangor MAC Futsal) merupakan salah seorang penjaga gol yang selesa memakai glove ketika beraksi.

 

4) Pelindung jari (Finger tape)

Pelindung jari ini boleh diklasifikasikan sebagai pengganti sarung tangan buat penjaga gol yang kurang selesa beraksi dengan memakai sarung tangan.

Ianya turut bertujuan dalam melindungi jari anda dari sebarang kecederaan melibatkan jari yang bakal hadir.

Pelindung jari ini juga berperanan untuk 'memegang' jari anda dengan lebih kuat.

 

Rumusan

Kesemua keperluan yang dinyatakan memainkan peranan yang amat penting buat seorang penjaga gol. Jangan sesekali dipandang enteng penggunaannya.

Sekiranya anda ingin mendapatkan keperluan-keperluan tersebut, Extravaganza Futsal Shop ada jawapannya!