Futsal Malaysia

EFS X Futsalista: Kolaborasi Khas Buat Peminat Futsal Tanah Air

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Extravaganza Futsal Shop (EFS) mengambil langkah proaktif apabila menjalinkan kerjasama dengan sebuah lagi jenama yang cukup sinonim buat kalangan penggiat futsal tempatan, FutsalistaMY dalam usaha untuk meningkatkan dan memartabatkan lagi industri sukan lima sebelah itu di Malaysia.

Kerjasama yang cukup signifikan dan boleh dianggap sebagai satu dimensi baharu itu telah merintis kepada lahirnya ciptaan jersi ‘Futsal Malaysia’ sebagai buah tangan baharu buat para peminat futsal di tanah air.

Hadir dengan dua pilihan dominasi warna iaitu putih dan hitam, jersi Futsal Malaysia juga sebagai tanda meraikan semula penganjuran Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2021 selepas kancah liga futsal paling berprestij di Malaysia itu sunyi sepi tanpa sebarang perlawanan selama dua musim berturut-turut ekoran wabak sedang melanda ketika ini.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Arena Futsal Malaysia (AFM), saingan MPFL bagi kategori lelaki bakal bermula pada 8 Januari hingga 13 Mac 2022. Manakala, pasukan wanita pula akan memulakan kempen liga pada 5 Februari hingga 20 Mac.

Ia merupakan satu pengkhabaran yang sudah pastinya disambut dengan begitu baik dan teruja oleh para penyokong dimana sudah lama aksi futsal berintensiti tinggi tidak dapat diadakan.

Sambutan nyata begitu menggalakkan ditunjukkan peminat futsal tanah air terhadap kemunculan jersi Futsal Malaysia ini apabila lebih 400 helai tempahan sudah diterima ketika promosi selama tiga hari bermula 25 November lalu diumumkan EFS.

Bagi anda yang tidak mahu ketinggalan untuk turut mendapatkan jersi Futsal Malaysia hasil kerjasama EFS dan FutsalistaMY ini [pre-order], klik disini.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart