Futsal

Enam Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Sebelum Bermain Futsal

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa futsal merupakan antara sukan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia pada ketika ini selain daripada bola sepak dan badminton.

Ia jelas dapat dibuktikan apabila gelanggang futsal terutamanya yang diusahakan oleh operator swasta akan sentiasa dipenuhi pada setiap malam tanpa mengira pelbagai lapisan masyarakat, jantina mahu pun peringkat umur.

Dalam keghairahan para pemain untuk beraksi bagi mempamerkan kemahiran masing-masing, terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh seseorang pemain sebelum bermain futsal.

1. Perlu ada pemain simpanan

Ini merupakan perkara penting kerana seperti diketahui futsal adalah sukan yang begitu pantas dengan saiz gelanggang lebih kecil berbanding bola sepak.

Sehubungan dengan itu, lima pemain yang bermula pasti tidak mampu bertahan dalam tempoh yang lama ketika beraksi.

Sediakan beberapa orang pemain simpanan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan atau kecemasan (sudah pasti kita tidak mahu ianya berlaku).

2. Fahami peraturan asas bagi penjaga gol

Dalam futsal, tiada sepakan gol seperti bola sepak. Apabila seorang penjaga gol sudah memulakan permainan dengan menghantar bola kepada rakan sepasukan, pemain tidak boleh melakukan hantaran ke belakang mencari penjaga gol kecuali sudah ada sentuhan daripada pemain lawan atau bola keluar daripada permaianan (kick in).

Penjaga gol boleh naik ke kawasan lawan untuk membantu bahagian serangan dan ia dipanggil sebagai ‘power play’ atau ‘flying goalkeeper’.

Peraturan ini bukan tidak perlu sekiranya anda sekadar bermain untuk beriadah tetapi sekiranya pasukan anda menyertai pertandingan, peraturan berkenaan penjaga gol akan digunakan.

3. Tentukan sistem yang ingin digunakan pasukan anda

Mungkin ramai yang tidak mengambil kisah tentang sistem(formasi) ketika bermain tetapi kebiasaannya bagi peringkat profesional, pasukan anda perlu tahu sistem apa yang akan digunakan dalam usaha menewaskan pasukan lawan.

Sebagai contoh ada pasukan yang bermain dengan sistem 3-1, 4-0 atau 1-2-1. Dalam futsal, anda tidak boleh hanya menggunakan satu sistem sahaja dan ia perlulah dipelbagaikan kerana futsal memerlukan banyak ‘rotation’,  jadi setiap ‘rotation’ memerlukan sistem yang berbeza.

4. Bertahan sebagai satu pasukan

Futsal mempunyai persamaan seperti bola keranjang dimana kita akan melakukan serangan dan bertahan secara bersama-sama dalam satu pasukan.

Sekiranya ada pemain yang tidak berundur untuk bertahan, pasukan anda berkemungkinan besar akan tewas dalam satu-satu perlawanan tersebut.

Ketika bertahanan, ia memerlukan komunikasi yang cukup baik antara rakan sepasukan. Setiap pemain perlu saling menerima dan memahami antara satu sama lain  untuk memastikan pasukan anda bertahan dengan disiplin.

5. Pass & Move (hantaran dan bergerak)

Seperti yang anda juga ketahui, futsal memerlukan anda banyak bergerak dan tidak statik pada satu-satu tempat. Ia penting untuk memastikan pasukan anda dapat menjelmakan serangan dengan lebih efektif.

Kebiasaannya para pemain akan membuat hantaran pendek dan kemudiannya bergerak untuk mencari ruang kosong, ia memudahkan rakan sepasukan untuk melakukan hantaran seterusnya. Jika dilihat, amat jarang pemain profesional mengawal bola lebih daripada tiga sentuhan sebelum membuat hantaran.

6. Kerap mengawal bola menggunakan tapak kaki

Mengawal bola menggunakan tapak kaki.

Futsal juga dalam masa yang sama adalah berkenaan dengan kawalan rapat [bola]. Ini bermakna terdapat dalam banyak keadaan memerlukan anda menggunakan tapak kaki untuk mengawal bola sekali gus memanipulasikan bola dalam situasi ketat.

Bola akan dikawal baik dengan menggunakan tapak kaki bagi membolehkan kita bergerak dengan pantas kemana-mana arah serta dapat mengelakkan dari situasi berbahaya.

Kredit Foto: Selangor MAC FC

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart