Pemburuan bagi mencari empat pasukan terbaik yang bakal mara ke Liga Premier saingan Liga Futsal Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2025 bagi kategori lelaki semakin mendebarkan.
Ia berikutan 16 pasukan telah meneruskan kemaraan untuk bersaing pada pusingan 16 yang bakal berlangsung pada pagi esok di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya.
Aksi menarik ditampilkan kesemua pasukan yang bertanding pada pusingan kelayakan yang bermula 21 Februari lalu.
Kehebatan dan ketangkasan para pemain futsal dari pelbagai IPT jelas terlihat, dengan masing-masing berusaha untuk menempah tempat di pusingan 16 terbaik.
Dengan persaingan yang semakin menarik untuk disaksikan, setiap perlawanan di pusingan 16 ini dijangka akan berlangsung dengan penuh intensiti dan dalam usaha setiap pasukan mahu ke Liga Premier.
Berikut merupakan senarai pasukan yang mara ke pusingan 16:
Kelayakan Liga Premier
1) Universiti Sains Malaysia (USM)
2) Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
3) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
4) Universiti Selangor (UNISEL)
5) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
6) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
7) Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan
8) Universiti Putra Malaysia (UPM)
9) Universiti Malaya (UM)
10) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
11) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
12) Widad University College
13) Mahsa University
14) TATI University College (TATIUC)
15) UNITAR International University (UNITAR) Kuantan
16) Kolej Komuniti (KK) Malaysia
Jadual Perlawanan Pusingan 16
1) Universiti Sains Malaysia (USM) lawan Universiti Malaya (UM) – 9.00 Pagi
2) Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) lawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – 9.00 Pagi
3) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) lawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang – 10.20 Pagi
4) Universiti Selangor (UNISEL) lawan Widad University College – 10.20 Pagi
5) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) lawan Mahsa University – 11.40 Pagi
6) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) lawan TATI University College (TATIUC) – 11.40 Pagi
7) Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan lawan UNITAR International University (UNITAR) Kuantan – 1.00 Petang
8) Universiti Putra Malaysia (UPM) lawan Kolej Komuniti (KK) Malaysia – 1.00 Petang
*Kategori bagi Liga Wanita diadakan secara liga satu pusingan dimana dua pasukan teratas akan layak ke saingan utama.
1) Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi lawan Universiti Selangor (UNISEL) – 2.20 Petang
2) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) lawan Universiti Sains Malaysia (USM) – 2.20 Petang
Kredit Foto: Liga Futsal IPT