Powerplay merupakan salah satu taktikal yang tidak asing lagi bagi pemain futsal professional mahupun amatur. Namun begitu, masih ramai belum tahu peraturan dan fungsi sebenar power play ini.
Apa itu Powerplay?
Power play merupakan satu taktikal yang memerlukan kesemua 5 pemain termasuk penjaga gol memainkan bola.Hal ini untuk meningkatkan peratus kawalan bola apabila lima pemain bermain dikawasan gol lawan.
Namun begitu, risiko taktikal ini sangat besar menyebabkan ianya hanya dimainkan pada waktu terdesak sahaja. Jika pemain melakukan kesalahan, sebarang kemungkinan untuk menghadapi serangan balas sangatlah besar.
Sehubungan dengan itu, pasukan yang mahu menggunakan taktikal ini perlulah mempunyai struktur latihan dan juga pergerakan yang sudah difahami oleh rakan sepasukan.
Peraturan
Peraturan untuk meletakkan penjaga gol sebagai pemain serangan juga bukanlah mudah. Justeru itu, pemain yang diletakkan bermain powerplay perlulah mengetahui setiap peraturan tersebut.
Didalam kawasan sendiri penjaga gol hanya boleh mengawal bola selama lima saat sahaja. Pemain tersebut juga tidak boleh menerima semula bola yang telah di hantar kepada pemain kedua selepasnya.
Oleh itu penjaga gol dalam powerplay perlulah melepasi garisan tengah gelanggang untuk berada dikawasan lawan terlebih dahulu serta mengetahui pergerakan yang perlu dilakukannya.
Jenis pemain yang sesuai sebagai penjaga gol powerplay
Pemain yang diletakkan untuk bermain powerplay perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
1) Laju.
2) Stamina tinggi.
3) Kawalan bola yang baik.
4) Mempunyai kebolehan menjadi penjaga gol.
5) Ketenangan
Pengetahuan
Setiap ahli pasukan perlulah berkerjasama dengan baik sewaktu serangan juga waktu bertahan.
Sekiranya pihak lawan berjaya memotong (intercept) pergerakan bola. Ahli pasukan perlulah turut berkerjasama mempertahankan bola tersebut sekuat dan sepantas mungkin.
Ini untuk membolehkan penjaga gol kembali ke kawasannya. Justeru itu, untuk bermain power play, disiplin pertahanan juga sangat penting.
Kesimpulan
Kebiasaannya powerplay diguna pakai apabila pasukan dalam kedudukan ketinggalan jaringan dan perlu menjaringkan gol untuk merapatkan jurang gol, menyamakan kedudukan atau memburu jaringan kemenangan.
Walaubagaimanapun terdapat situasi jurulatih mengaktifkan taktikal ini dalam keadaan mendahului. Ini kerana untuk medominasikan permainan dan mengawal penguasaan bola serta mengurangkan penguasaan bola buat pasukan lawan.
Namun seperti diketahui perkara tersebut amatlah berisiko sekiranya pemain anda melakukan kesilapan.
Kredit Foto: 2022 Asian Football Confederation (AFC)