Kehangatan Liga Futsal Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2025 akan dimulakan dengan aksi kelayakan bagi merebut empat slot ke Liga Premier dan Liga Wanita.
Saingan yang bakal menampilkan 28 pasukan lelaki dan enam pasukan wanita akan diadakan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya pada 21 hingga 24 Februari nanti.
Melihatkan kepada senarai pasukan bertanding, Universiti Malaya bersama-sama Widad University College dan Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Premier musim lalu tetapi tersingkir ke pusingan kelayakan selepas menamatkan aksi di kedudukan empat terbawah.
Empat slot ke Liga Premier dan dua slot Liga Wanita diperuntukkan pada pusingan kelayakan kali ini.
Tinjauan dibuat juga menyaksikan kesemua pasukan bertanding sedang giat mempersiapkan diri untuk menghadapi saingan di Putrajaya nanti.
Penganjuran kejohanan ini juga diharapkan dapat menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar dan mencipta lebih banyak peluang bagi pasukan futsal IPT untuk terus berkembang dan berjaya di peringkat kebangsaan.
Berikut merupakan senarai penuh pasukan yang bersaing di pusingan kelayakan Liga Premier Futsal IPT 2025:
Kategori Lelaki
1) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
2) Kolej Felcra
3) Universiti Putra Malaysia (UPM)
4) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
5) UNITAR International University (UNITAR) Kuantan
6) IJN College
7) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
8) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
9) Quest International Universiti (QIU)
10) Mahsa University
11) Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Alor Setar
12) Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
13) Kolej Komuniti (KK) Malaysia
14) Universiti Selangor (UNISEL)
15) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
16) Taylor’s University
17) Monash University
18) Widad University College
19) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM)
20) Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan
21) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
22) Universiti Islam Melaka (UNIMEL)
23) Universiti Malaya (UM)
24) German-Malaysian Institute (GMI)
25) Universiti Sains Malaysia (USM)
26) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu
27) TATI University College (TATIUC)
28) Universiti Islam Selangor (UIS)
Kategori Wanita
1) Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuantan
2) Universiti Selangor (UNISEL)
3) Universiti Sains Malaysia (USM)
4) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5) Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi
6) Monash University
Kredit Foto: Sports Development Centre IIUM