Video: 7 latihan asas untuk tambah baik kawalan bola dalam futsal

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Asas kawalan bola adalah sangat penting dalam sukan futsal. Setiap pemain perlu ambil berat mengenai perkara ini jika ingin menjadi seorang pemain yang baik. Tanpa kawalan bola yang baik, sudah pasti ia akan menyukarkan anda ketika bermain futsal.

Ramai pemain ambil remeh mengenai perkara ini kerana mereka beranggapan teknik bermain futsal mestilah sama dengan bermain bola sepak. Namun hakikatnya teknik kawalan bola dalam futsal adalah sedikit berbeza berbanding bola sepak.

Kami ambil contoh perbezaan cara untuk menahan bola ketika bermain futsal dan bola sepak. Jika dalam bola sepak anda perlu menahan bola menggunakan bahagian sisi kaki, dalam futsal pula anda perlu lebih banyak menggunakan bahagian tapak kasut supaya bola tersebut betul-betul melekat di kaki.

Di sini kami kongsikan dalam bentuk video 7 latihan asas buat anda untuk menambah baik teknik kawalan . Apabila ia dinamakan latihan, ini bermaksud anda perlu lakukannya berulang kali sehingga anda betul-betul mahir. Setiap orang yang berjaya itu hadir dari latihan yang berterusan tanpa pernah putus asa. Diharap video ini membantu anda dalam lebih memahami teknik asas kawalan bola dalam futsal. Semoga berjaya kami ucapkan. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart