Sehubungan dengan itu kami berkongsikan beberapa tips yang boleh anda praktikkan bagi menghadapi situasi masalah gagal mengawal kemarahan ini:
1) Hadapi kebenaran yang datang
Anda perlu realistik dengan harapan anda dalam perlawanan. Sekiranya harapan yang disasarkan tidak menjadi kenyataan ianya akan menimbulkan rasa marah dalam diri pemain yang mengakibatkan perasaan marah yang melampau menguasai diri.
Anda juga perlu akui yang semua orang melakukan kesilapan termasuk juga diri anda sendiri. Anda perlu menerima dengan tenang menghadapi situasi ini dan naikkan kembali semangat rakan sepasukan untuk terus bangkit.
Selain itu, anda perlu juga untuk mengelakkan dari terus melakukan kesilapan yang sama.
Kemarahan yang melampau dalam diri dan dilepaskan kepada rakan yang lain tidak akan menyelesaikan masalah malahan ianya akan menjadi lebih teruk sekiranya berterusan. Percayalah hanya dengan aura positif dalam minda anda akan mempengaruhi tindak-tanduk anda dalam gelanggang ketika itu.
2) Berkomunikasi dengan baik
Berusahalah untuk mengamalkan komunikasi yang lebih tenang dan sabar dalam menegur rakan sepasukan. Tanamkan dalam minda anda bahawa tiada siapa yang suka apabila ditegur dengan kemarahan yang melampau dan keadaan itu sudah pasti akan menjejaskan tumpuan pemain ketika beraksi.
Teguran yang jelas, tenang dan konstruktif adalah lebih bermanfaat buat para pemain.
3) Mengenali orang disekeliling
Kenali dengan lebih rapat rakan sepasukan anda, pengadil serta pemain lain yang anda perlu sedar dan mengerti bahawa mereka semua adalah manusia biasa juga seperti anda yang ingin beriadah dengan bermain futsal.
Sekiranya anda lebih mengenali rakan sepasukan anda, ianya akan membuatkan anda sudah mengetahui kelemahan dan kelebihan rakan sepasukan. Perkara ini juga dapat mengurangkan tekanan anda terhadap rakan dalam perlawanan.
Tidak terlalu memandang terlalu serius perlawanan yang dihadapi (terutamanya hanya bermain perlawanan persahabatan). Anggap perlawanan itu sebagai medan untuk meningkatkan persefahaman pasukan anda.
Teguran terhadap rakan sepasukan boleh dilakukan namun ianya hendaklah tidak terlalu kasar yang secara tidak langsung membuatkan emosi anda dan rakan sepasukan menjadi tidak stabil ketika itu.
Pergeseran yang berlaku juga harus diselesaikan dengan cepart tanpa ada ‘dendam’ di dalam hati.
4) Salurkan kemarahan kepada perkara yang positif
Perlu juga diakui bahawa sukar untuk menyembunyikan rasa marah tersebut akibat keputusan permainan dan sebagainya. Tetapi tidak semua rasa marah itu perlu diekspresikan dalam keadaan yang negatif.
Kemarahan adalah tenaga yang boleh disalurkan kepada pemikiran yang membina. Ianya boleh meningkatkan fokus anda dan memberi inspirasi kepada usaha tambahan.
Gunakan kemarahan dan kekecewaan anda untuk meningkatkan prestasi anda sendiri tanpa melepaskan kepada orang lain.
Kesimpulan
Segala yang diterangkan adalah perkara teori yang mungkin boleh anda ambil iktibar dari perkara ini. Hal ini kerana keharmonian pasukan ketika dalam gelanggang perlu diambil perhatian disamping kualiti pemain yang anda miliki buat pasukan anda.
Semoga tips ini bermanfaat buat anda semua!