Serangan yang direncanakan dengan baik mampu untuk menghasilkan jaringan buat sesebuah pasukan futsal dan juga dapat memberikan ancaman buat pasukan lawan.
Taktikal yang berkesan, kualiti yang dimiliki oleh pemain dan pasukan serta kreativiti dalam merancang serangan begitu diperlukan buat sesebuah pasukan dalam usaha mencipta serangan berbahaya.
Dalam usaha yang ingin dilakukan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang pemain bagi menjayakan serangan yang ingin dilakukan terhadap gawang lawan.
Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan oleh pemain bagi mencipta serangan buat pasukan :
1) Jangan statik pada satu tempat sahaja
-Gelanggang futsal yang lebih kecil berbanding bola sepak membuatkan anda perlu bertindak pantas dalam mencari ruang yang lebih baik untuk membantu rakan anda.
-Anda mesti bergerak walaupun tanpa bola di kaki.
-Pastikan anda berada dalam satu-satu tempat tidak melebihi dari 3 saat.
2) Pantas menutup ruang kosong yang ditinggalkan oleh rakan anda
-Apabila rakan anda meninggalkan posisinya, anda perlu pantas untuk melindungi (cover) kawasan tersebut.
-Ia dapat memberikan peluang kepada anda untuk mencari ruang yang sesuai untuk meneruskan serangan.
3) Pemain yang membawa bola perlu mendekatkan diri kepada pertahanan lawan
-Perkara ini membolehkan anda untuk menghantar bola kepada pemain yang lain.
-Ia juga bagi memberikan tekanan kepada pertahanan lawan untuk melakukan kesilapan.
-Rakan lain (tanpa bola) perlu menjauhkan diri daripada pertahanan lawan.
4) ‘Pass and move’
-Kemahiran yang sangat diperlukan ketika berfutsal.
-Anda perlu mencari ruang kosong setelah melakukan hantaran.
-Supaya dapat memberikan pilihan buat rakan anda untuk melakukan hantaran seterusnya untuk terus
mengembangkan serangan.
5) Lakukan hantaran yang berkualiti
-Hantaran yang berkualiti akan melancarkan serangan pasukan anda.
-Hantaran yang tepat juga dapat mengelakkan pertahanan lawan dari melakukan ‘intercept’.
6) Berhati-hati ketika melakukan hantaran di kawasan sendiri
-Kesilapan hantaran kebiasaannya mengawal bola terlalu lama di kawasan sendiri dan juga pemain lawan dapat membaca ”passing line” yang anda hantar kepada rakan.
-Perkara ini akan merencatkan serangan dan berkemungkinan sangat berbahaya buat pasukan anda.
7) Bersabar dalam merangka serangan
-Jangan terburu-buru dalam usaha melakukan serangan.
-Bina satu rangkaian serangan dengan lebih tenang dan berusaha untuk memecah kepungan lawan.
8) Tamatkan serangan dengan percubaan yang baik
-Segala usaha yang dilakukan dalam membuat serangan harus diakhiri dengan percubaan yang terbaik.
-Gunakan kepakaran dan kemahiran yang anda miliki untuk menghasilkan jaringan.
Kredit Foto: Sabah Futsal