6 TIPS BERGUNA KETIKA MENGHADAPI LAWAN YANG LEBIH BAIK DARI PASUKAN ANDA

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Terpaksa berhadapan dengan pasukan futsal yang lebih baik dan kuat berbanding pasukan anda adalah antara situasi yang mungkin bakal menghadirkan sedikit kegusaran buat anda dan rakan sepasukan.

Lebih-lebih lagi sekiranya lawan terdiri daripada para pemain yang cukup berkualiti.

Namun jangan biarkan kegusaran ini terus membelenggu dan membuatkan pasukan anda kecundang sebelum melangkah masuk ke gelanggang. Paling utama adalah anda jangan panik dengan perkara ini.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan bagi menghadapi lawan yang lebih kuat berbanding pasukan anda.

1) Semai semangat tidak berputus asa dalam perlawanan

Jangan hiraukan apa sahaja status mahupun keupayaan lawan yang ditentang. Bermainlah seperti kebiasaan dan pamerkan semangat melawan yang luar biasa bagi mengkucar-kacirkan pasukan lawan.

Jangan mudah terganggu dengan keputusan perlawanan walaupun ianya kurang memihak buat pasukan anda ketika itu. Setiap saat yang dimiliki dalam perlawanan sangat berguna dan harus digunakan sebaiknya oleh anda.

Jangan sesekali menyerah kalah kerana ianya akan menyulitkan perjalanan pasukan anda pada perlawanan tersebut.

2) Kawalan ‘Man to Man’

Menentang pasukan sedemikian sudah pasti dibarisi dengan pemain yang lebih baik dari segenap aspek seperti kawalan bola, individu serta memiliki keupayaan rembatan cukup berkualiti.

Oleh itu anda seharusnya tidak membenarkan pemain tersebut dari mengawal bola dalam jangkamasa yang lama.

Sekiranya seorang dari pemain anda sudah mengawal pemain yang bersama bola, pemain lain harus mengawal pemain lawan  tanpa bola untuk menyukarkan pemain yang mempunyai bola untuk melakukan hantaran bagi memperoleh jaringan.

Perhatikan juga jarak yang sesuai buat anda ketika melakukan kawalan kerana jika jaraknya terlalu dekat akan membuatkan mereka mampu untuk melepasi anda.

Manakala jarak terlalu jauh pula akan memberikan pilihan yang lebih luas buat pemain lawan untuk membuat sesuatu terutamanya hantaran dan rembatan kearah gol.

Sangat penting bagi anda untuk mengawasi dengan ketat pemain lawan supaya dapat menghalang sebarang rembatan berbahaya kearah gol anda sendiri.

 

3) Mengekalkan sikap yang positif

Terapkan sikap dan pemikiran yang positif dalam diri setiap pemain pasukan anda. Letakkan keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan diri sendiri dan juga rakan-rakan dalam menghadapi perlawanan tersebut.

Setiap pemain juga perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam satu-satu perlawanan. Letakkan kepercayaan yang anda bakal mendapat sesuatu dari perlawanan itu.

4) Sentiasa ‘bercakap’ bagi mengingatkan rakan sepasukan

Anda perlukan komunikasi yang baik bagi mengekalkan tahap usaha yang berterusan buat pasukan anda. Ingatkan rakan sepasukan bagi terus waspada terhadap apa yang berlaku di gelanggang.

Antaranya seperti mengingatkan rakan sepasukan yang tidak mengawal pemain lawan dan juga memberikan arahan supaya menutuip ruang yang terbuka luas serta banyak lagi.

Berikan galakan buat rakan sepasukan dan meningkatkan moral mereka dengan nasihat ringkas yang boleh dipraktikkan.

5) Jangan terlalu fokus untuk bertahan sehingga lupakan serangan

Dalam keadaan menentantg pasukan yang lebih baik, pastinya corak bertahan yang akan digunakan.

Namun jangan takut untuk membuat serangan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pemain pasukan anda.

Berusaha untuk memegang bola dengan lebih lama, membuka peluang hantaran dan sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit tekanan apabila anda diserang bertubi-tubi.

Ketika ini kepintaran dan ketenangan pemain sangat diperlukan bagi menghadapi tekanan seperti ini.

6) Kekalkan disiplin di tahap terbaik

Pada ketika ini elakkan dari melakukan perkara yang bakal merugikan pasukan anda.

Terjahan keras yang melampau, melawan keputusan pengadil, pergeseran dan banyak lagi akan lebih memberikan risiko bahaya buat pasukan disaat pasukan sangat memerlukan kudrat kesemua pemainnya.

Latih diri untuk menjadi lebih fokus pada keutamaan pasukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart