Pressing Lawan

5 Tips Melepaskan Diri Daripada ‘Pressing’ Lawan Dalam Futsal

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Kemahiran dalam kawalan bola perlu dikuasai oleh semua pemain futsal bagi menjadikan anda sebagai pemain yang baik. Keperluan itu diperlukan untuk memastikan anda berjaya mengekang tekanan (pressing) yang dilakukan oleh pemain lawan ke atas anda.

Kawalan bola yang baik sangat diperlukan ketika anda sedang ditekan oleh pemain lawan dalam usaha memenangi perebutan bola bagi melancarkan serangan.

Sekiranya anda gagal untuk menguasai kemahiran ini pasti akan menyulitkan perjalanan pasukan anda dalam satu-satu perlawanan.

Namun untuk menghasilkan kawalan bola sebegitu sewaktu ditekan lawan memerlukan anda untuk memastikan perkara-perkara yang dinyatakan dibawah ini dipatuhi.

Antara perkara yang perlu anda lakukan ketika menghadapi situasi ini adalah :

1) Mengenalpasti posisi pemain lawan sebelum anda mendapat hantaran

Pastikan anda melihat dimana pemain lawan berada sebelum mendapat umpanan dari rakan anda.

Keadaan ini membolehkan anda lebih berjaga-jaga dan bersedia untuk menerima tekanan dari pemain lawan.

Ia juga turut membolehkan anda memikirkan terlebih dahulu langkah seterusnya yang akan anda lakukan sekiranya pemain lawan cuba untuk menekan anda.

Kecuaian akan membuatkan anda akan ditekan dengan kuat yang seterusnya bakal menyebabkan anda kehilangan kawalan bola.

2) Mengawal bola dengan baik dan tenang ketika mendapat bola

Perkara ini menjadi nadi buat seseorang pemain futsal ketika beraksi.

Kawalan bola yang baik ketika ditekan sangat diperlukan bagi memberikan peluang buat anda memikirkan langkah seterusnya yang akan dicipta.

Kawalan yang baik juga dapat memberikan ruang buat rakan anda untuk datang memberikan bantuan kepada anda yang sedang ditekan seterusnya dapat melebarkan penguasaan bola buat pasukan anda.

Manakala kawalan kurang baik yang dipamerkan akan membuatkan pemain lawan dapat menyambar peluang tersebut dan seterusnya mengancam kubu anda.

3) Pantas berfikir untuk melakukan keputusan

Dalam keadaan ini memerlukan anda untuk menggunakan kemahiran membuat keputusan dengan pantas.

Keputusan tersebut menjadikan anda perlu memilih untuk terus melakukan kawalan bola mahupun menghantar kepada rakan anda yang lebih selesa untuk mengelakkan bola dari dirampas oleh pihak lawan.

Keadaan ini yang memaksa untuk anda membuat pilihan yang terbaik. Apa jua keputusan yang dipilih, pastikan bola tidak mudah lolos ke kaki pihak lawan.

4) Terapkan keyakinan, ketenangan dan jangan takut pada pihak lawan

Letakkan kepercayaan pada diri anda untuk menghadapi situasi ditekan pihak lawan ini dengan baik. Jangan mudah panik dengan tekanan yang dilakukan terhadap diri anda.

Gunakan segala kemahiran yang anda miliki untuk melepasi tekanan yang dilakukan lawan itu.

5) Teruskan berlatih

Segala yang dinyatakan diatas tidak akan menjadi nyata sekiranya anda tidak peka terhadap sesi latihan yang anda jalani.

Berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk perbaiki kualiti dalam aksi anda. Pertingkatkan kekuatan (strength) anda untuk menghadapi situasi ini.

Patuhi arahan jurulatih dan pelajarilah cara-cara yang sepatutnya di video berkaitan keadaan tersebut.

Kredit Foto: JDT Futsal 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart