fbpx
  • EXTRAORDINARY | FUTSAL | STYLE
  • (+60) 11 5201 8181
  • sales@efsworldwide.com
  • EXTRAORDINARY | FUTSAL | STYLE
USAS

USAS Sasar Layak Ke Saingan Liga Premier 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on google
Google+
Share on pinterest
Pinterest
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Ketua jurulatih skuad futsal Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Muhammad Faris Mohd Sidek menyimpan hasrat menggunung untuk melihat anak buahnya merealisasikan impian layak beraksi dalam saingan Liga Premier Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2020.

Pengendali berusia 32 tahun itu juga melihat disiplin serta komitmen tinggi dipamerkan para pemainnya ketika sesi latihan mampu menjadi tonik berguna sebelum menghadapi saingan kelayakan yang bakal berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) bermula 13 hingga 16 Februari ini.

Barisan pemain USAS juga berada dalam mood terbaik selepas beraksi cemerlang untuk menundukkan Politeknik Ungku Omar (PUO) 6-0 pada satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Sungai Siput, tempoh hari.

”Selepas pasukan ini gagal dua kali di peringkat kelayakan, saya mengharapkan cabaran pada kali ini dapat menghadirkan sesuatu yang lebih positif buat kami.”

PUSINGAN KELAYAKANLFIPT…

Gepostet von Liga Futsal IPT am Donnerstag, 9. Januar 2020

”Pada ketika ini, kami masih lagi meneruskan sesi latihan berterusan pada waktu pagi dan malam. Kebiasaannya pada sebelah pagi saya akan memfokuskan kepada kecergasan manakala malam pula pastinya melibatkan taktikal.”

”Kami juga merangka beberapa perlawanan persahabatan untuk membentuk persefahaman antara pemain dan juga dapat memberikan peluang buat saya untuk menganalisis kelemahan yang dilakukan oleh para pemain.”

”Keghairahan para pemain untuk mencapai keputusan yang positif juga sangat jelas kelihatan ketika sesi latihan. Itu yang membuatkan saya yakin dengan kemampuan mereka dan meletakkan sasaran tinggi untuk layak beraksi ke Liga Premier IPT 2020,” ujar Muhammad Faris lagi.

Selain USAS, sebanyak 23 pasukan dari IPT di seluruh Malaysia akan berentap pada pusingan kelayakan dan hanya empat pasukan terbaik dicari untuk beraksi dalam saingan Liga Premier 2020.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help?